Deprecated: Function curl_close() is deprecated since 8.5, as it has no effect since PHP 8.0 in /home/u483256323/domains/poorvam.com/public_html/subdomains/pore/includes/api.php on line 184
Back to Search View Original Cite This Article

Abstract

<jats:p>Pendidikan tinggi Malaysia kini berada pada fasa yang menuntut penilaian semula terhadap peranan universiti dalam membentuk mahasiswa secara menyeluruh. Dalam era ketidaktentuan global, perubahan teknologi yang pesat dan cabaran sosial yang semakin kompleks menyebabkan universiti tidak lagi boleh berfungsi sebagai institusi penyampai ilmu semata-mata. Universiti perlu berperanan sebagai ekosistem pembentukan manusia, iaitu ruang yang mengintegrasikan pembangunan intelektual, emosi, sosial dan kepimpinan dalam satu kerangka yang tersusun dan bersepadu. Konsep kemenjadian mahasiswa bukanlah satu gagasan baharu. Namun begitu, pelaksanaannya sering disifatkan terpisah-pisah, bergantung pada program atau inisiatif tertentu tanpa kerangka institusi yang menyeluruh. Oleh itu, terdapat keperluan untuk merangka satu model yang dapat menghubungkan dasar, struktur organisasi, program pelajar dan budaya kampus dalam satu sistem yang saling menyokong. Manuskrip ini mengemukakan satu kerangka universiti sebagai makmal amalan kemenjadian mahasiswa. Kerangka ini dibangunkan berdasarkan pengalaman pelaksanaan pada peringkat institusi, namun distrukturkan semula sebagai model yang bersifat adaptif dan boleh disesuaikan mengikut konteks universiti awam dan swasta di Malaysia. Pendekatan ini menekankan keseimbangan antara kesejahteraan mahasiswa, pembentukan kepimpinan, pengantarabangsaan berjati diri dan kelestarian sistem sokongan universiti. Bagi menghuraikan aliran pelaksanaan, kerangka ini disusun secara berperingkat melalui beberapa bahagian yang saling berkait. Peringkat ini bermula dengan pengukuhan asas kesejahteraan mahasiswa dan diikuti oleh pembangunan potensi dan kepimpinan. Seterusnya. Kerangka ini merangkumi pengembangan jati diri global serta tanggungjawab sosial, pengukuhan kelestarian ekosistem melalui alumni dan sokongan institusi dan akhirnya penginstitusian model sebagai amalan universiti. Penyusunan ini bertujuan memperlihatkan bahawa kemenjadian mahasiswa bukan hasil intervensi tunggal, tetapi melibatkan proses berlapis yang memerlukan kesinambungan struktur, budaya dan kepimpinan institusi. Fokus utama manuskrip ini adalah untuk memperlihatkan cara prinsip kemenjadian mahasiswa boleh diterjemahkan ke dalam mekanisme operasi universiti. Operasi ini terdiri daripada perancangan strategik, penyelarasan fungsi jabatan sehinggalah kepada pengukuran impak pelaksanaan. Model yang dicadangkan tidak bersifat preskriptif, malah menawarkan struktur rujukan yang boleh ditambah baik dan diadaptasi mengikut keperluan institusi masing-masing.</jats:p>

Show More

Keywords

yang universiti mahasiswa institusi kerangka

Related Articles


Deprecated: Function curl_close() is deprecated since 8.5, as it has no effect since PHP 8.0 in /home/u483256323/domains/poorvam.com/public_html/subdomains/pore/includes/api.php on line 76
PORE

About

Connect